Jumat, 27 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » Jumlah Korban Gempa Filipina Meningkat Hari Ini

Jumlah Korban Gempa Filipina Meningkat Hari Ini


SUSULAN gempa bumi kuat yang melanda Filipina semalam, jumlah kematian akibat gegaran kuat itu meningkat kepada 99 orang hari ini dan dijangkakan akan terus meningkat mendadak.

Ketua Pertahanan Awam Kepulauan Minda Morante berkata gempa berkekuatan 7.1 magnitud pada skala Richter itu memusnahkan banyak gereja lama dan menyebabkan tanah runtuh memusnahkan rumah-rumah serta lebuhraya.

Jangkaan peningkatan angka kematian itu berlaku kerana pasukan penyelamat kini berjaya sampai ke kawasan terpencil dan menjangkakan akan menemui lebih banyak mayat di situ.

“Kami jangkakan akan menemui lebih banyak mayat di sini kerana anggota kami masih belum menjalankan operasi di sini ekoran lokasinya yang terpencil,” katanya.

Pulau Bohol dan pulau bersebelahan iaitu Pulau Cebu popular sebagai lokasi tumpuan pelancong kerana pantainya yang cantik dan bersih serta lokasi gereja-gereja bersejarah.

Kebanyakan mereka yang maut ditemui di Pulau Bohol.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar