Minggu, 29 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » » 24 wanita pekerja kilang pengsan kerana takut hantu

24 wanita pekerja kilang pengsan kerana takut hantu

03 Nov 2013

24 perempuan pekerja pabrik garmen di Pakistan kesurupan
Korban kerasukan di kilang Pakistan . ©Daily Mail
 
Sebanyak 24 wanita pekerja kilang kain di Kota Karachi hari ini pengsan ketika proses pengusiran setan   .

Surat khabar the Daily Mail melaporkan, Sabtu (2/11), para pekerja di kilang tekstil Landhi itu pengsan ketika pemilik kilang berusaha mengeluarkan jin yang mereka yakini menghantui bangunan tempat mereka bekerja.

"Kilang itu dikuasai jin atau makhluk halus seperti yang kejadian misteri  yang sering dialami para pekerja di masa lalu," kata Farzana Naseem.

Seorang pakar pengusir setan dipanggil ke kilang pagi tadi untuk mengusir jin. Ketika mereka sedang membaca ayat-ayat suci para pekerja perempuan itu mulai pengsan. Sebahagian lain berlarian sambil berteriak histria minta tolong.

Petugas perubatan kemudian dipanggil untuk membawa para pekerja itu ke Rumah Sakit Jinnah.

Petugas perubatan mengatakan tidak ada makhluk halus di bangunan itu. Para pekerja itu pengsan kerana ada kebocoran gas.

Namun sejumlah doktor dan psikiater yang merawat pesakit menafikan penyebab pekerja pengsan itu kerana kebocoran gas.

Mereka mengatakan sebahagian pekerja mengalami kondisi saraf lemah kerana takut pada proses pengusiran setan hingga menimbulkan kepanikan massal.

"Saya tidak percaya para pekerja itu kerasukan," kata doktor Seemin Jamali yang menangani para pesakit di rumah sakit itu.
 
sumber:Merdeka.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar