Senin, 23 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » Pertandingan Miss M’sia World 2013 Terus Dikecam

Pertandingan Miss M’sia World 2013 Terus Dikecam

Miss Malaysia World 2013

KUALA LUMPUR – Penganjuran Pertandingan Miss Malaysia World 2013 terus mendapat kecaman ramai pihak kerana mencalonkan empat gadis beragama Islam sebagai finalis pertandingan tersebut.
Terbaharu Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menggesa kerajaan mengharamkan penganjuran pertandingan ratu cantik tersebut kerana pertandingan seperti itu haram disertai wanita Islam dan dianggap sebagai satu bentuk eskploitasi ke atas kaum wanita.
“Teras berpendirian pertandingan ratu cantik bukan sahaja sepatutnya diharamkan kepada orang Islam malah ia sepatutnya dilarang untuk seluruh warga Malaysia .
“Hukumnya jelas haram disisi Islam akan tetapi ia juga suatu eskploitasi ke atas kaum wanita. Banyak gerakan dunia menentang acara pertandingan ratu cantik kerana ia adalah suatu penghinaan terhadap kaum wanita yang memperaga tubuh badan mereka kepada khalayak ramai,” kata Presiden Teras, Mohd. Azmi Abdul Hamid.
Terdahulu media melaporkan Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) meminta kerajaan mempertimbangkan pertandingan ratu cantik dimasukkan dalam enakmen jenayah syariah bagi membolehkan hukuman dikenakan terhadap peserta beragama Islam dan penganjur.
Pengerusinya, Prof Madya Datin Noor Aziah Mohd Awal dipetik berkata, setakat ini di Malaysia belum mempunyai peruntukan undang-undang yang melarang penglibatan gadis Islam menyertai pertandingan sedemikian.
Media sebelum ini melaporkan empat gadis Islam antara 20 peserta yang dipilih sebagai finalis pertandingan Miss Malaysia World 2013 yang akan berlangsung di sebuah hotel di ibu negara pada 2 Ogos ini.
Pemilihan finalis bagi pertandingan ratu cantik itu dibuat dalam satu sesi temu duga tertutup yang berlangsung di sini pada 12 Julai lepas dan majlis memperkenalkan mereka berlangsung baru-baru ini.
Mohd. Azmi seterusnya berkata, pertandingan ratu cantik perlu dilarang disemua peringkat kerana ia hanya menguntungkan syarikat penaja dengan memperagakan tubuh wanita untuk ditonton oleh golongan lelaki bernafsu buas.
Menurut beliau, maruah wanita sepatutnya dilindungi dan dipelihara serta dihormati dan pertandingan ratu cantik sekadar mencemari nilai dan budaya Malaysia merendahkan martabat wanita.
“Pertandingan ratu cantik tidak membawa manfaat apa-apa sama ada kepada budaya mahupun kepada imej negara,” katanya lagi. – mynewshub.my

Tidak ada komentar:

Posting Komentar