Kamis, 26 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » Harun Kaji tahaaluf siyaasi bukan tarik diri

Harun Kaji tahaaluf siyaasi bukan tarik diri

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib

SHAH ALAM - Dewan Ulama Pas berpendirian akan meneruskan tahaaluf siyaasi terhadap PKR untuk penambahbaikan parti walaupun cadangan itu ditolak pucuk pimpinan tertinggi.

Ketuanya, Datuk Harun Taib menegaskan kajian itu dilakukan untuk menjadikan Pas sebagai parti dominan dalam PR bukan "keluar" daripada PR.

Bagaimanapun, beliau berkata, cadangan Dewan Ulama yang ditolak Pas Pusat tidak menjadi halangan untuk sayap itu meneruskan kajian sedia ada yang dilakukan sejak 2008.

"Beliau (Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang) tolak tak mengapa, kita tak ada masalah.

"Kita akan teruskan sebab sekarang pun kita sedang jalankan kajian.

"Tahaaluf siyaasi bukan untuk tarik diri daripada PR tetapi untuk menjadikan Pas lebih dominan dalam PR," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Difahamkan, kajian itu telah bermula sejak PRU 2008.

Sinar Harian melaporkan hari ini, Pas tetap akan meneruskan kerjasama dalam PR walaupun  Harun mencadangkan agar parti itu mengkaji semula tahaaluf siyaasi (kerjasama politik) khususnya dengan PKR.

Abdul Hadi  berkata, hubungan dalam PR perlu diteruskan sebagai sistem dua parti dan mengukuhkan lagi kedudukan parti itu di mata rakyat.

"Sehingga kini, kita teruskan kerjasama dengan PR sebagai sistem dua parti yang lebih kukuh, lebih baik berbanding pakatan BN.

"Tiada sebab untuk Pas mengkaji semula tahaaluf siyaasi ini," katanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar