Kamis, 13 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » » KEADILAN Tuduhan Sanusi terhadap Anwar tidak berasas fitnah

KEADILAN Tuduhan Sanusi terhadap Anwar tidak berasas fitnah

(Oleh Norutul Ilham)
KUALA LUMPUR 24 Oktober: Kenyataan bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Sanusi Junid bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah menggagalkan agenda Melayu ketika memegang jawatan Menteri Kewangan adalah fitnah semata-mata dan tidak berasas.
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad mengulas tuduhan vateran Umno itu dalam forum ekonomi semalam yang mendakwa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin cuba ‘meniru’ dasar anti-Yahudi Jerman dengan tidak memberikan lesen perbankan kepada masyarakat bukan Melayu.

Namun Sanusi mendakwa, usaha ini digagalkan oleh Anwar yang memberikan lesen perbankan kepada dua kumpulan bukan Melayu – Hong Leong Bank dan Alliance Bank.
“Nyata sekali kenyataan Sanusi adalah fitnah semata-mata yang tidak berasas. Ketaksuban beliau di dalam menyerang Anwar dan mempertahankan Mahathir dan Daim membuatkan beliau tidak nampak penyelewengan ekonomi yang telah menjadikan rakyat Malaysia dan Melayu umumnya sebagai mangsa,” katanya dalam kenyataan.

“Tuduhan Sanusi tidak berasas. Alliance Bank Malaysia Berhad merupakan syarikat perbankan di bawah Alliance Financial Group Berhad (AFG) yang dikaitkan dengan Tun Daim Zainudin.
“Daim dikatakan memiliki 14.8% AFG menerusi Langkah Bahagia Sdn Bhd. Langkah Bahagia bersama-sama pihak-pihak berkaitan syarikat pelaburan Singapura, Temasek Holdings Ltd mempunyai kepentingan di dalam AFG menerusi Vertical Theme Sdn Bhd,” jelas Nik Nazmi.
Sanusi dan Anwar pernah menganggotai Kabinet ketika era kepimpinan Mahathir.
Anwar pula dipecat oleh Mahathir pada September 1998.

Sanusi juga pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Umno dan Naib Presiden Umno.
Nik Nazmi berkata, tuduhan Sanusi itu sama sekali bertentangan dengan perkara sebenar kerana individu yang terlibat dalam perbankan yang dimaksudkan adalah Daim dan bukannya Anwar.
“Hubungan AFG dan Daim bermula sejak 1982 lagi apabila beliau membeli Malaysian French Bank. Malaysian French Bank kemudian dinamakan Multi-Purpose Bank.

“Pada 1997, Langkah Bahagia membeli saham di dalam Hock Hua Bank (Sabah). Salah seorang pemilik saham Langkah Bahagia, Mohd Nasir Ali mengumumkan bahawa beliau bertindak bagi pihak Daim.
“Hock Hua Bank kemudian ditukar nama menjadi International Bank Malaysia Berhad dan digabungkan bersama Multi-Purpose Bank serta enam lagi syarikat kewangan untuk menjadi AFG,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu.

Dalam pada itu, beliau tidak menolak jika Sanusi maksudkan menggagalkan ekonomi Melayu itu sebenarnya ditujukan kepada kroni Umno BN.
“Mungkin agenda Melayu yang dimaksudkan Sanusi adalah untuk menjaga kepentingan saham kroni-kroni Umno BN seperti bagaimana Petronas ditekan untuk menyelamatkan syarikat milik anak Mahathir, Mirzan iaitu Konsortium Perkapalan Berhad sewaktu krisis ekonomi 1997 dengan harga melebihi kadar pasaran. Namun yang menghalang usaha tersebut ialah Anwar,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar