Tampilkan postingan dengan label kepada. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kepada. Tampilkan semua postingan
Sabtu, 01 Februari 2014
KBS Belum Mahu Serah Kepada Swasta

PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) belum berhasrat untuk menyerahkan hak penganjuran perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di rantau ini, Le Tour de Langkawi (LTdL) kepada pihak swasta.
Menteri berkenaan Khairy Jamaluddin berkata perkara itu memerlukan pertimbangan teliti kerana KBS tidak mahu standard LTdL terjejas jika penganjurannya dilaksanakan swasta.
“Kita tidak mahu memberikan hak penganjuran (LTdL) kepada mereka yang tidak mampu mengekalkan tahap kecemerlangan penganjuran yang kita peroleh (daripada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) selama empat tahun berturut-turut,” katanya dalam sidang berita selepas melancarkan edisi ke-19 LTdL di Dewan Serbaguna KBS di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha KBS Datuk Jamil Salleh, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong dan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Abdul Wahab.
Khairy berkata KBS dan MSN telah menerima pengiktirafan UCI sebagai penganjur terbaik dengan mencapai tahap ‘Excellent Level of Organization’ selama empat tahun berturut-turut.
Namun, beliau tidak menolak kemungkinan KBS akan menyerahkan penganjuran LTdL kepada swasta seperti Piala Monsun, dalam usaha mengurangkan perbelanjaan kerajaan.
“Perkara sama telah kita lakukan terhadap penganjuran Piala Monsun di mana kerajaan dapat mengurangkan perbelanjaan secara beransur-ansur,” katanya.
Khairy berkata bagi edisi ke-19 LTdL, MSN masih menjadi penganjur perlumbaan itu yang berlangsung dari 27 Feb hingga 8 Mac depan merangkumi jarak sejauh 1,506.5km.
Menurutnya liputan meluas media tempatan dan antarabangsa mengenai perlumbaan itu juga boleh menjadi platform mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2014 dengan lebih efektif. – BERNAMA
Rabu, 01 Januari 2014
Nasihat Aeril Zafrel Kepada Zubir – “Muhasabah La Diri”

Makin menjadi-jadi ‘perang’ di antara wartawan hiburan Zubir Yunus dan pelakon Aeril Zafrel.
Terbaru, menerusi program hiburan Melodi, Aeril tampil membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Zubir sebelum ini.
Pelakon berusia 25 tahun itu meminta Zubir supaya sentiasa bermuhasabah diri dan jangan sibuk hendak mencari kesalahan orang lain.
“Banyak-banyakkanlah bermuhasabah diri. Sibuklah mencari kesalahan diri sebelum kita sibuk mencari kesalahan orang lain. Perbanyakkanlah mencermin diri sendiri sebelum kita judge orang lain. Banyak-banyak beristighfar, bersujud supaya hati itu sentiasa tenang. Bila hati tak tenang, kita tengok orang bahagia pun kita jadi tak tenang,” jelasnya.
Zubir sebelum ini menulis artikel mengatakan Aeril pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ummi Nazeera sebelum aktor tersebut menikah dengan isterinya, Wawa Zainal.
Sebagai respons terhadap artikel yang dianggap fitnah itu, Ummi telah menuntut Zubir membuat permohonan maaf kepadanya dan semalam menerusi akhabar Berita Minggu, Bipop, Zubir tampil dengan permohonan maafnya berhubung cerita yang ditulisnya sebelum itu.
Oleh: AUDREY LEE
Selasa, 24 Desember 2013
KETAHUI KEAJAIBAN BERSELAWAT KEPADA NABI SAW

LIHAT VIDEO :
Antara hadis-hadis yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah ialah:
1. “Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. ” (Riwayat Tabrani).
2. “Barang siapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barang siapa berselawat kepadaku dari jauh maka, selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).
3. “Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim).
4. Dari Ubai bin Ka ‘ab: “Aku bertanya, wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku memperbanyakkan selawat, maka berapakah aku jadikan untukmu dari selawatku? Nabi bersabda: Apa yang kamu kehendaki. la berkata: kataku: “Seperempat.” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai dan jika kamu tambah maka itu yang lebih baik bagi kamu.” Kataku: “Apakah sepertiga? ” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai, jika kamu tambah itulah yang lebih baik bagi kamu.” la bertanya: “Apakah aku jadikan selawatku buatmu semuanya.” Nabi bersabda: “Jika demikian maka dicukupilah cita-citamu dan diampuni dosamu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi dan Al Hakam).
5.”Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa) bagimu.” (Riwayat Ibnu Murdawaih).
6. “Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tigapuluh untuk dunianya. ” (Riwayat Ibnu Majar dan Jabir).
7. “Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga.” (Riwayat Abus Syaikh dari Anas).
8.”Orang yang bakhil ialah yang bila disebut namaku kepadanya, lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku.” (Riwayat Tirmizi).
Di dalam kitab Ibnu Farhun Al Qurthubi dinyatakan bahawa membaca selawat kepada nabi mengandungi sepuluh faedah dan mendatangkan kemuliaan, iaitu:
1. Memperolehi selawat dari Allah.
2. Memperolehi syafaat dari Nabi Muhammad.
3. Mendapat pimpinan dari malaikat yang baik-baik.
4. Menghapuskan dosa.
5. Mendapat pertolongan
6. Tercapai keperluan hidup.
7. Mempunyai pembeza dengan orang munafik dan kafir.
8. Memperolehi nur zahir dan batin.
9. Mendapat keselamatan dari azab neraka, membolehkan memasuki syurga.
10. Memperolehi ucap selamat dari Allah.
Menurut para ulama yang didasarkan keterangan-keterangan hadis, membaca selawat kepada Nabi Muhammad akan memperolehi 30 faedah yang amat besar. Di antaranya ialah memperolehi limpah rahmat dari Allah, ditulis sepuluh kebajikan, dihapuskan sepuluh kesalahan, diangkat sepuluh darjat, memperolehi kesempurnaan iman, memperolehi syafaat Nabi Muhammad dan lain-lain lagi.
Justeru itu, marilah kita sebagai umat Islam sentiasa berselawat kepada Rasulullah. Itu tandanya kita sangat mencintai Rasulullah yang menjadi kekasih Allah
Langganan:
Postingan (Atom)