Tampilkan postingan dengan label aeril. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label aeril. Tampilkan semua postingan

Rabu, 01 Januari 2014

Nasihat Aeril Zafrel Kepada Zubir – “Muhasabah La Diri”


Makin menjadi-jadi ‘perang’ di antara wartawan hiburan Zubir Yunus dan pelakon Aeril Zafrel.
Terbaru, menerusi program hiburan Melodi, Aeril tampil membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Zubir sebelum ini.

Pelakon berusia 25 tahun itu meminta Zubir supaya sentiasa bermuhasabah diri dan jangan sibuk hendak mencari kesalahan orang lain.

“Banyak-banyakkanlah bermuhasabah diri. Sibuklah mencari kesalahan diri sebelum kita sibuk mencari kesalahan orang lain. Perbanyakkanlah mencermin diri sendiri sebelum kita judge orang lain. Banyak-banyak beristighfar, bersujud supaya hati itu sentiasa tenang. Bila hati tak tenang, kita tengok orang bahagia pun kita jadi tak tenang,” jelasnya.

Zubir sebelum ini menulis artikel mengatakan Aeril pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ummi Nazeera sebelum aktor tersebut menikah dengan isterinya, Wawa Zainal.

Sebagai respons terhadap artikel yang dianggap fitnah itu, Ummi telah menuntut Zubir membuat permohonan maaf kepadanya dan semalam menerusi akhabar Berita Minggu, Bipop, Zubir tampil dengan permohonan maafnya berhubung cerita yang ditulisnya sebelum itu.

Oleh: AUDREY LEE
ReadFull Article ..

Aeril Zafrel Nafi Bernikah Dengan Wawa Zainal



Laporan sebuah akhbar hari ini menyebut yang sebuah stesen radio swasta hujung minggu lalu telah mengeluarkan satu gossip kononnya seorang pelakon wanita yang telah lama senyap dari dunia hiburan kini sudah melahirkan anak dan sedang berpantang.

Bapa kepada anak tersebut pula khabarnya adalah pelakon lelaki yang sedang popular dengan sebuah drama bersiri yang di’siarkan setiap petang di televisyen.

Dan spekulasi pun timbul mengatakan gossip tersebut merujuk kepada Wawa Zainal & juga Aeril Zafrel yang kebetulan sedang popular dengan Cinta Jannah di TV3.

Aeril Zafrel yang ditemubual menafikan perkara tersebut & berkata ianya hanya kata kata orang ramai yang tidak mempunyai bukti selain menegaskan sekali lagi yang hubungannya dengan Wawa Zainal hanya sekadar sahabat baik.

“Saya tidak tahu hendak kata apa (ketawa). Itu hanyalah kata-kata tanpa sebarang bukti yang sahih, jika saya nafi & komen lebih-lebih orang memang tidak akan berhenti bercakap. Memang saya tidak berkahwin, saya hanya kahwin dalam drama sahaja,” katanya.

Menjawab dakwaan yang Wawa Zainal telah hamil, Aeril Zafrel meminta semua pihak berhenti menyebarkan cerita jika tiada bukti.

“Jika saya kahwin, pasti ada bukti kerana pelbagai perkara harus diselesaikan seperti dokumen, bukan boleh berkahwin secara senyap kerana akhirnya orang akan tahu juga,” tambahnya lagi yang memaklumkan Wawa Zainal masih berada di Sabah untuk berubat. – Rotikaya
ReadFull Article ..