Tampilkan postingan dengan label kisah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kisah. Tampilkan semua postingan

Rabu, 01 Januari 2014

VIDEO PARODY TERBARU DARI BOBO MIG KISAH HATI NYANYIAN ALYAH!



Pertama skali Admin ingin mohon maaf terhadap bobo sebab dulu admin pun ada kutuk jugak budak boboi ni. hehe.

VIDEO PARODY TERBARU BOBO KISAH HATI NYANYIAN ALYAH | Parody terbaru dari Bobo since dah kena sign dengan Metrowealth ni. Zaman dah maju senang sangat nak jadi popular zaman sekarang. Korang cuma perlu buat video yang annoying sampai orang rasa nak sepak, lempang dan membuatkan anda dikutuk kaw-kaw satu Malaysia. Jika murah rezeki anda, seketika lepas itu anda pun akan dipelawa untuk sign contract oleh syarikat perfileman.

Selamat mencuba!

TONTON VIDEO KOLEKSI TERBARU BOBO BUBU MIG DI BAWAH.


PARODY TERBARU BOBO MIG GENTLEMEN NYANYIAN PSY.


VIDEO UCAPAN HARI IBU OLEH BOBO MIG.


VIDEO GWIYOMI BOBO MIG FEAT EPY KODIANG DAN ANAM.


P/s : Apa-apapun, All The Best buat Bobo MIG dan semoga sukses selalu. =)
ReadFull Article ..

Kisah Benar Yang Menyayat Hati Permintaan Terakhir Isteri Solehah



Kisah Benar Yang Menyayat Hati - Permintaan Terakhir Isteri Solehah | Menjadi idaman seorang suami apabila memiliki isterinya yang solehah. Begitulah di sebaliknya seorang isteri mengidamkan seorang suami yang solehah.

Terdapat suatu kisah benar di mana seorang isteri menangis-nangis kerana mahu mandikan jenazah suaminya. Bapa mertua dengan polis forensik tidak membenarkan.Sambil menangis isteri berkata “Ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu.. ”


Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk bertanya apahal yang terjadi, kemudian ustaz tu berkata : “Tidak mengapalah kalau isteri nak mandikan jenazah suami..” Lalu ustaz bersama beberapa orang lagi temankan si isteri memandikan jenazah suaminya.

Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, “Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti..” 

Membasuh tangan jenazah suami sambil berkata “Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku..” 

Membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata “Tubuh inilah yang memberi pelukan kasih sayang pada ku dan anak-anak, moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku” 

Membasuh kaki jenazah suami smbil berkata “dengan kaki ini abang keluar mencari rezeki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap nasi, terima kasih abang…moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yang berlipat kali gandanya” 

Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata “terima kasih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dirimu dan aku sebagai seorang isteri redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah pada mu.” 

Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya. Semoga menjadi iktibar untuk kita bersama. InsyaAllah. 

Admin - Jika kita menghayati setiap bibit kata yang diterpancar dari mulut wanita ini, sudah tentu kita akan berasa sebak, lebih-lebih lagi jika kita sudah mempunyai seorang suami mahupun isteri. Didik dan bimbinglah isteri kita ke jalan yang lurus. Taatlah kepada suami kamu sebagaimana kami mentaati ibu bapa kamu. 

♥ jangan lupa kemukakan KOMEN / LUAHAN hati anda tentang kisah ini ♥ SUMBER

ReadFull Article ..

Sabtu, 21 Desember 2013

Madonna Dedah Kisah Dirogol Ketika 19 Tahun


Setelah menyimpan selama lebih dua dekad, Madonna, 55, akhirnya berkongsi satu rahsia hidup yang disimpannya selama ini.

Dalam majalah Harper’s Bazaar edisi November, Madonna menulis tentang pengalamannya dirogol di bumbung bangunan oleh lelaki tidak dikenali yang mengacukan pisau kepadanya.

Insiden pahit itu dilalui Madonna ketika mula-mula tiba di New York dari Rochester, Michigan untuk mengejar impiannya menjadi bintang pada usia 19 tahun.

Selain itu, Madonna turut berkongsi pengalaman awal dia mula mengejar cita-cita di kota besar secara sendirian. Antaranya, menjadi model bogel untuk kelas seni demi membayar yuran kelas tarian.

Mengakui seorang yang liar pada usia muda, Madonna juga menulis bagaimana dia akhirnya sedar perlu menjadi seseorang yang lebih berguna daripada dikenali sebagai perempuan bergigi emas dan mempunyai teman lelaki gangster semata-mata.

Antara titik perubahan terbesar dalam hidupnya adalah menemui ajaran Kaballah dan bergelar ibu kepada dua anak.

Madonna yang boleh digelar permaisuri Pop, merancang untuk keluar dengan album baru pada tahun hadapan. - REM RAMZI

Sumber: Dailymail
ReadFull Article ..