Tampilkan postingan dengan label isteri. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label isteri. Tampilkan semua postingan
Rabu, 01 Januari 2014
Kisah Benar Yang Menyayat Hati Permintaan Terakhir Isteri Solehah

Kisah Benar Yang Menyayat Hati - Permintaan Terakhir Isteri Solehah | Menjadi idaman seorang suami apabila memiliki isterinya yang solehah. Begitulah di sebaliknya seorang isteri mengidamkan seorang suami yang solehah.
Terdapat suatu kisah benar di mana seorang isteri menangis-nangis kerana mahu mandikan jenazah suaminya. Bapa mertua dengan polis forensik tidak membenarkan.Sambil menangis isteri berkata “Ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu.. ”
Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk bertanya apahal yang terjadi, kemudian ustaz tu berkata : “Tidak mengapalah kalau isteri nak mandikan jenazah suami..” Lalu ustaz bersama beberapa orang lagi temankan si isteri memandikan jenazah suaminya.
Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, “Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti..”
Membasuh tangan jenazah suami sambil berkata “Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku..”
Membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata “Tubuh inilah yang memberi pelukan kasih sayang pada ku dan anak-anak, moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku”
Membasuh kaki jenazah suami smbil berkata “dengan kaki ini abang keluar mencari rezeki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap nasi, terima kasih abang…moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yang berlipat kali gandanya”
Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata “terima kasih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dirimu dan aku sebagai seorang isteri redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah pada mu.”
Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya. Semoga menjadi iktibar untuk kita bersama. InsyaAllah.
Admin - Jika kita menghayati setiap bibit kata yang diterpancar dari mulut wanita ini, sudah tentu kita akan berasa sebak, lebih-lebih lagi jika kita sudah mempunyai seorang suami mahupun isteri. Didik dan bimbinglah isteri kita ke jalan yang lurus. Taatlah kepada suami kamu sebagaimana kami mentaati ibu bapa kamu.
♥ jangan lupa kemukakan KOMEN / LUAHAN hati anda tentang kisah ini ♥ SUMBER
Tanda tanda Kiamat Kecil Datuk Perkosa Cucu Disamping Isteri

SITUBONDO - Bermodalkan ubat tidur, seorang lelaki warga emas bernama Mistari (50) warga Kota Situbondo, Jawa Timur, memperkosa cucu tirinya yang berusia 15 tahun. Akibat, si cucu yang hanya lulusan sekolah rendah kini hamil dua bulan. Tragisnya pula, perbuatan itu dilakukan Mistari di samping isterinya yang terlelap.
Ketika cucu tirinya juga tertidur kerana pengaruh ubat tidur, pelaku yang berprofesi sebagai petani itu langsung melampiaskan nafsu bejatnya. Terbongkar perilaku Mistari setelah si cucu menikah dengan lelaki idamannya pada Ogos 2012 lalu. Kerana rumah tangganya merasa terancam, mangsa pun akhirnya memilih untuk melaporkan kes perkosaan yang dilakukan datuk tirinya ke Mapolres Situbondo."Dia mengaku telah diperkosa datuk tirinya. Itupun setelah kehamilannya diketahui oleh suaminya. Dia sebelumnya tidak melaporkan perbuatan bejat datuk tirinya, kerana takut dan selalu diancam oleh datuk tirinya," ujar Imah (45), salah seorang kerabatnya, saat melaporkan kesnya ke SPK Polres Situbondo, Jumaat (5/10/2012).
Diperoleh keterangan, sejak ditinggal mati oleh ibunya beberapa tahun lalu, si cucu tinggal bersama nenek dan datuk tirinya. Sedangkan ayah korban tinggal bersama isteri barunya. Pada April lalu, Mistari merancang rencana memperkosa si cucu.
Pada suatu malam saat mangsa hendak tidur, pelaku memberinya minum yang diduga sudah dicampuri ubat tidur. Untuk memuluskan akal busuknya, Mistari juga memberikan minuman yang dicampur ubat tidur kepada isterinya. Ketika keduanya terlelap kerana ubat tidur, Mistari beraksi. Si cucu baru sedar telah diperkosa setelah melihat pakaiannya yang acak-acakan dan ketika buang air kecil kemaluannya terasa sakit.
Kasatreskrim AKP Sunarto membenarkan laporan kes pencabulan keluarga korban kepada polis. Menurut keterangan korban sebelum tidur sempat diberi minuman. Selain itu, korban juga mengaku diancam oleh pelaku, sehingga korban takut untuk menceritakan perbuatan bejat datuk tirinya."Dugaan sementara, perbuatan tak senonoh Mistari itu tidak hanya dilakukan satu kali saja, kerana akibat perbuatannya saat ini tengah hamil dua bulan. Saat ini kes tersebut sudah ditangani unit PPA. Bahkan, saat ini unit PPA sudah memintakan visum ke doktor, apakah benar-benar hamil atau tidak," kata Sunarto.
sumber
osseram
Ganjaran Seorang Isteri Di Sisi Allah

Alangkah indahnya seorang isteri...
Beruntunglah seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan… jadi ‘kilang ‘ manusia..
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh…
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.
Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung, Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami, seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala ektra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran ada ke atasnya jua..Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu (lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
Jumat, 20 Desember 2013
Bekas timbalan pengarah SKMM isteri dipenjara kerana rasuah
April 05, 2013
Hakim Mahkamah Sesyen M.Bakri Abd Majid membuat keputusan itu selepas berpuas hati pendakwaan berjaya membuktikan pertuduhan terhadap Noor Mohamed Khan Mohamed Mastan, 40, dan Suraya Hani Ahmad Zaki, 33.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan pasangan itu bagi menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara namun memerintahkan mereka membayar denda.
Jika gagal berbuat demikian, Noor Mohamed Khan dan Suraya Hani berdepan hukuman penjara selama setahun.
Dalam penghakimannya, M.Bakri berkata mahkamah perlu menjatuhkan hukuman berkenaan ke atas Noor Mohamed Khan kerana tertuduh didapati bertindak sebagai perancang selain melibatkan isteri dalam kesalahan itu.
Dia didakwa bersubahat dengan Suraya Hani, yang menerima suapan wang tunai RM250,000 daripada Ketua Pegawai Operasi Siaga Informatics Sdn Bhd Mohd Shukri Othman sebagai upah kononnya wanita itu telah membantu syarikat berkenaan memperoleh surat penganugerahan bagi tender untuk mereka bentuk, melaksana, menguji dan pentauliahan makmal forensik digital SKMM.
Noor Mohamed Khan, yang turut berdepan pertuduhan membantu Suraya Hani memperoleh tender berkenaan, didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Siaga Informatics Sdn Bhd di Jalan USJ 9/5T, Subang Business Centre pada kira-kira 10.25 pagi, 14 Mac 2012.
Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama dibaca bersama Seksyen 28(1)© Akta SPRM 2009, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 bergantung mana lebih tinggi.
Suraya Hani, bekas pengurus akaun sebuah syarikat swasta, didakwa menerima suapan itu.
Sepanjang perbicaraan, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wong Poi Yoke memanggil 40 saksi sementara pembelaan, yang diwakili peguam Nasir Aziz, mengemukakan empat saksi. – Bernama
Langganan:
Postingan (Atom)