Selasa, 12 Agustus 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » Wanita Barat Temui Penawar Penyakit Kulit

Wanita Barat Temui Penawar Penyakit Kulit

Dennis Queen, 40,

Manchester – Seorang wanita barat, Dennis Queen, 40, menemui penyelesaian kepada penyakit alahan kulit, iaitu dengan memakai jubah dan bertudung, ketika keluar rumah.
Menurut Dennis, dengan memakai pakaian yang bukan sahaja menutup aurat itu, ia dapat menghindari kulitnya daripada dijangkiti ruam, akibat berada di bawah sinaran matahari.
“Selepas memakai jubah dan tudung ini, saya digelar sebagai pengkhianat .
“Ia benar-benar membuka mata saya bagaimana umat Islam berdepan dengan diskriminasi dalam kehidupan seharian mereka,’’ katanya. I
Jelasnya, pemakaian jubah dan hijab itu membantu dia mengatasi alahan berkenaan dan ia merupakan penawar kepada penyakitnya.
Keadaan itu juga menyebabkan dia tidak lagi khuatir untuk keluar rumah dan terdedah kepada cahaya matahari.
“Selepas lama mencari, akhirnya saya menyedari satu-satunya cara untuk saya kekal sihat ialah menutup badan, jadi saya membelinya di kedai-kedai barangan terpakai.
“Ia lebih murah daripada membeli melalui dalam talian,’’ katanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar