Rabu, 01 Januari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » Pemuda DAP kecewa polis bersikap tidak profesional

Pemuda DAP kecewa polis bersikap tidak profesional

Wartawan Sinar Harian
29 Oktober 2012
Pemuda DAP kecewa polis bersikap tidak profesional
Hong Ping (duduk, tiga, kiri) menunjukkan salinan laporan polis dan permit ceramah yang mereka miliki.
JOHOR BAHRU - Pemuda DAP negeri kecewa dengan tindakan polis yang didakwa gagal bertindak profesional apabila ceramah di Bandar Seri Alam, dekat sini, malam kelmarin, diganggu sekumpulan individu.

Ketuanya, Tan Hong Ping berkata, kumpulan itu didakwa melakukan provokasi dengan memasang pembesar suara di halaman pejabat parti yang terletak kira-kira 20 meter dari lokasi tapak ceramah anjuran DAP.

“Cakera padat digital (DVD) dimainkan dengan kuat menerusi pembesar suara berkenaan sehingga mengganggu penceramah dan hadirin.

“Pembesar suara itu diletakkan menghala ke arah ceramah yang dianjurkan. Kami ada memberitahu polis supaya menyelesaikan perkara ini, namun tidak berkesan. Kami tidak faham mengapa perlu ada provokasi sedangkan ceramah itu sudah mendapat permit,” katanya kepada media di pejabat DAP di Taman Seri Orkid, di sini, semalam.

Hong Ping berkata, pimpinan Pemuda DAP sedar kehadiran kereta peronda bersama beberapa anggota berunding dengan kumpulan terbabit sekitar jam 10 malam, namun sehingga ceramah selesai pembesar suara itu terus menjadi gangguan.

Menurutnya, keadaan menjadi sedikit kecoh apabila beberapa polis berpakaian preman mengatakan kamera video (handycam) milik mereka diambil penceramah jemputan DAP yang juga Koordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Che’GuBard.

“Kami menelefon Che’GuBar dan dia mengakui kamera video itu ada bersamanya. “Che’GuBard memaklumkan, dia ada bertanya beberapa kali mengenai hak milik kamera video itu, namun tiada yang mengaku,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, polis dan pegawai daripada cawangan khas meminta ahli DAP, Leong Wai Sheng selaku penganjur ke balai polis bagi membantu siasatan kehilangan kamera video berkenaan.

Hong Ping berkata, Wai Sheng dibawa ke balai polis bagi membantu siasatan, namun selepas menunggu kira-kira tiga jam tiada usaha mengambil keterangan dibuat dan hanya menyuruh pulang selepas itu.

Justeru, atas rasa tidak berpuas hati dengan layanan polis ke atas mereka, dia bersama pimpinan Pemuda DAP negeri membuat laporan di Balai Polis Mutiara Rini berhubung kejadian itu sekitar jam 9.30 pagi, semalam.

Sementara itu, Che’GuBard dalam laman sosial Twitternya, semalam, mengesahkan selesai memberi keterangan kepada polis berhubung provokasi dari kumpulan terbabit dan menyerahkan kamera video itu sekitar jam 2.45 petang.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar