Rabu, 01 Januari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » » » Datuk Azman Ujang kata Berita perbodoh rakyat hanya sedikit

Datuk Azman Ujang kata Berita perbodoh rakyat hanya sedikit

Malaysiakini 25 Ogos 2013

 
Penasihat redaksi agensi berita Bernama Datuk Azman Ujang berpendapat hanya sebahagian kecil dari laporan yang diterbitkan oleh media arus perdana bersifat "memperbodoh-bodohkan" rakyat.
Beliau berpendapat demikian kerana akhbar arus perdana masih dibeli dan dibaca orang ramai.

"Jika akhbar-akhbar memperbodohkan isi kandungan mereka, lambat laun orang akan berhenti membaca akhbar itu dan saya tidak merujuk kepada mana-mana akhbar secara khusus di sini.

"Hakikat bahawa akhbar-akhbar ini masih berada dalam pasaran bermakna orang ramai percaya bahawa berita-berita yang didakwa memperbodohkan orang ramai hanyalah sebahagian kecil daripada apa yang mereka mahu baca," katanya.
Beliau berkata demikian dalam forum di Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia ketujuh di Kuala Lumpur petang ini.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar