Tampilkan postingan dengan label sedia. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label sedia. Tampilkan semua postingan
Senin, 30 Desember 2013
Pegang jawatan kjaan Chua sedia hadapi JK disiplin
| Malaysiakini Ogos 9 2013 |
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sedia menghadap Jawatankuasa Disiplin kerana masih memegang jawatan dalam kerajaan iaitu sebagai Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang.
"Bukan saya seorang sahaja yang patut dihadapkan ke jawatankuasa disiplin parti, malah Ong Ka Ting, Wong Nai Chee, Ng Yen Yen dan juga semua anggota jawatankuasa kemajuan kampung juga patut turut dikenakan tindakan sama," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana, di Putrajaya semalam.
Beliau mengulas demikian berhubung tindakan lapan Bahagian MCA yang tidak berpuas hati dengan Dr Chua yang masih memegang jawatan itu walaupun parti itu menerima resolusi untuk tidak menerima jawatan dalam kerajaan selepas kekalahan teruk pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13), Mei lepas.
Bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting kini memegang jawatan sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke China, anggota parti Wong Nai Chee merupakan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri manakala Naib Pengerusi parti Datuk Seri Dr Ng Yen Yen memegang jawatan sebagai Pengerusi Tourism Malaysia.
Minggu lepas, Pengerusi MCA Bahagian Wangsa Maju Datuk Yew Tian Lock bersama-sama dengan pengerusi bahagian Titiwangsa Datuk Alex Chuah serta enam lagi pengerusi bahagian lain menegaskan bahawa mereka akan menghantar memorandum kepada jawatankuasa disiplin parti sekiranya Dr Chua masih enggan untuk melepaskan jawatan sebagai pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang.
Enam lagi bahagian yang turut menggesa Dr Chua untuk meletakkan jawatan kerajaan itu adalah MCA Teluk Intan, Bentong, Kuala Selangor, Kual Krau, Raub dan Paya Besar
MCA sebelum PRU13 telah memutuskan untuk tidak akan menerima jawatan dalam kerajaan jika ia tidak menerima sokongan penuh masyarakat Cina.
Namun, Dr Chua dilaporkan berkata Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi parti telah memutuskan bahawa mana-mana jawatan yang dipegang sebelum PRU13 masih boleh diteruskan dan ini telah menimbulkan kekeliruan dan rasa tidak puas hati dalam parti.
- Bernama

Jumat, 20 Desember 2013
Polis sedia pertimbang jika perlu bekal senjata

KUALA LUMPUR - Polis sedia menimbang sebarang permohonan pembekalan senjata api kepada anggota penguat kuasa termasuk jabatan agama yang bertugas di bahagian kritikal atau berisiko.
Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) Polis Diraja Malaysia, Datuk Ayub Yaakob berkata, jika ada keperluan, polis tidak akan menolak permohonan mereka tetapi ia perlu mengikut prosedur yang ditetapkan.
Permohonan itu perlu dibuat kepada Ketua Polis Daerah sebelum dibawa kepada Ketua Polis Negeri dan dikemukakan untuk kelulusan oleh Ketua Polis Negara.
“Kita faham, tugas mereka sebagai anggota penguat kuasa sentiasa berdepan dengan risiko. Tidak dinafikan, alat untuk mempertahankan diri seperti senjata api itu perlu walaupun ia bukan satu-satunya cara (pertahankan diri).
“Memang sebelum inipun, anggota penguat kuasa seperti Kastam dan Imigresen mengikut prosedur sama. Kita mahu hanya mereka yang benar-benar memerlukan senjata api memohon dan anggota itu perlu diberi latihan secukupnya untuk mengendalikan senjata api itu,” katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.
Ayub diminta mengulas cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom supaya anggota penguat kuasa jabatan agama dibekalkan senjata api ketika melakukan operasi.
Jamil Khir membuat cadangan itu susulan pembunuhan Ketua Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Ahmad Raffli Ab Malek, Ahad lepas.
Ayub berkata, beberapa operasi jabatan agama sebelum ini turut ditemani anggota polis bersenjata bagi mengelak kejadian tidak diingini ketika tugas penguatkuasaan dijalankan.
Beliau berkata polis akan menimbangkan pembekalan senjata api kepada anggota penguat kuasa agama dengan melihat atau mengkaji beberapa perkara yang penting termasuk tahap risiko.
“Bukan mudah untuk kita beri senjata api itu begitu sahaja. Kita tidak mahu wujud masalah lain seperti salah guna atau kecuaian,” katanya.
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu mengkaji perkara itu dari segenap sudut termasuk kesannya jika penggunaan senjata api digunakan oleh anggota penguat kuasa jabatan agama.
Beliau berkata anggota penguat kuasa jabatan agama boleh membuat permohonan untuk menggunakan senjata jika mereka ada asas untuk berbuat demikian.
Bagi melindungi diri anggota penguat kuasa ketika menjalankan operasi, Lee mencadangkan polis mengiringi mereka supaya keselamatan lebih terjamin.
Penasihat Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tuan Asmawi Tuan Umar pula berkata, persatuan itu menyambut baik cadangan itu dan meminta kerajaan menimbang beberapa perkara sebelum ia direalisasikan.
Langganan:
Postingan (Atom)