Tampilkan postingan dengan label chua. Tampilkan semua postingan

Rabu, 01 Januari 2014
Chua Soi Lek bertanding Batu Pahat memudahkan kemenangan Pakatan
BATU PAHAT 19 Mac: Tindakan Barisan Nasional menurunkan Presiden MCA, Chua Soi Lek di Batu Pahat akan menguatkan lagi peluang KEADILAN dan Pakatan Rakyat merampas Parlimen ini.
“Saya menyambut baik perkembangan ini. KEADILAN Batu Pahat bersedia pada bila-bila masa untuk berdepan dengan mana-mana parti Barisan Nasional.
“Tidaklah mengejutkan,” kata Ketua Cabang KEADILAN Batu Pahat, Syed Hamid Ali merujuk laporan media semenjak minggu lalu.
Syed Hamid menambah, keputusan itu membuktikan Umno ditolak sebahagian besar pengundi bukan Melayu di Batu Pahat secara khusus dan Malaysia secara amnya.
“Ia mengesahkan keresahan pimpinan Umno di Johor yang tidak yakin dapat memenangi hati pengundi pelbagai kaum di Batu Pahat.
“Pengundi Cina di Batu Pahat terdiri dari pengundi muda yang tidak terpengaruh dengan rekod wakil rakyat di masa lalu. Mereka mengambil pendirian yang konsisten mengenai perlunya ada reformasi yang menyeluruh di dalam negara,” kata Syed Hamid Ali.
Syed Hamid turut menegaskan, keputusan persaingan pilihan raya umum ke-13 kelak akan ditentukan pengundi muda berbilang bangsa.
“Jentera KEADILAN Batu Pahat yang sebahagian besarnya terdiri dari anak-anak muda di bawah 30 tahun.
“Ini menguatkan lagi semangat dan keyakinan KEADILAN bahawa peluang Pakatan Rakyat di Batu Pahat adalah baik. tidak kiralah calon atau parti Barisan Nasional mana yang bertanding,” Syed Hamid optimis.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/
Label:
batu,
bertanding,
chua,
kemenangan,
lek,
memudahkan,
pahat,
pakatan,
soi
Senin, 30 Desember 2013
Pegang jawatan kjaan Chua sedia hadapi JK disiplin
| Malaysiakini Ogos 9 2013 |
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sedia menghadap Jawatankuasa Disiplin kerana masih memegang jawatan dalam kerajaan iaitu sebagai Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang.
"Bukan saya seorang sahaja yang patut dihadapkan ke jawatankuasa disiplin parti, malah Ong Ka Ting, Wong Nai Chee, Ng Yen Yen dan juga semua anggota jawatankuasa kemajuan kampung juga patut turut dikenakan tindakan sama," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana, di Putrajaya semalam.
Beliau mengulas demikian berhubung tindakan lapan Bahagian MCA yang tidak berpuas hati dengan Dr Chua yang masih memegang jawatan itu walaupun parti itu menerima resolusi untuk tidak menerima jawatan dalam kerajaan selepas kekalahan teruk pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13), Mei lepas.
Bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting kini memegang jawatan sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke China, anggota parti Wong Nai Chee merupakan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri manakala Naib Pengerusi parti Datuk Seri Dr Ng Yen Yen memegang jawatan sebagai Pengerusi Tourism Malaysia.
Minggu lepas, Pengerusi MCA Bahagian Wangsa Maju Datuk Yew Tian Lock bersama-sama dengan pengerusi bahagian Titiwangsa Datuk Alex Chuah serta enam lagi pengerusi bahagian lain menegaskan bahawa mereka akan menghantar memorandum kepada jawatankuasa disiplin parti sekiranya Dr Chua masih enggan untuk melepaskan jawatan sebagai pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang.
Enam lagi bahagian yang turut menggesa Dr Chua untuk meletakkan jawatan kerajaan itu adalah MCA Teluk Intan, Bentong, Kuala Selangor, Kual Krau, Raub dan Paya Besar
MCA sebelum PRU13 telah memutuskan untuk tidak akan menerima jawatan dalam kerajaan jika ia tidak menerima sokongan penuh masyarakat Cina.
Namun, Dr Chua dilaporkan berkata Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi parti telah memutuskan bahawa mana-mana jawatan yang dipegang sebelum PRU13 masih boleh diteruskan dan ini telah menimbulkan kekeliruan dan rasa tidak puas hati dalam parti.
- Bernama

Langganan:
Postingan (Atom)