Tampilkan postingan dengan label dalam. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label dalam. Tampilkan semua postingan
Minggu, 16 Maret 2014
Anwar beri amaran jangan heret beliau dalam isu di Lahad Datu
(Oleh: Nazar Hashim)
PERMATANG PAUH 3 Mac: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada Umno BN agar tidak mengheret beliau dalam isu di Lahad Datu, Sabah.
Malah kata Anwar, sesiapa saja yang memfitnah dengan membabitkan namanya dalam isu pencerobohan tentera ‘Sultan Sulu’, di Lahad Datu akan berdepan tindakan undang-undang.
“Saya akan saman Utusan (Malaysia) sekali lagi minggu depan kerana cuba memfitnah dengan mengheret saya dalam isu pencerobohan di Lahad Datu,” katanya ketika berucap di hadapan hampir 5000 hadirin di tapak parkir, Pasar Tenggiri, Seberang Jaya semalam.
Beliau juga mempertikaikan bagaimana pencerobohan perairan negara boleh bolos hingga memberi ruang kepada musuh mengancam keselamatan negara.
“Ini membuktikan betapa lemahnya pertahanan serta kepimpinan negara hingga pencerobohan yang menggugat keselamatan negara boleh berlaku sejak tiga minggu yang lalu.
“Sebagai rakyat Malaysia, saya tetap mahu kedaulatan negara serta bumi Malaysia dipertahankan,” ujarnya serius.
Anwar juga menyelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kerana tidak memberi peluang kepadanya menjawab segala tuduhan membabitkan pencerobohan Lahad Datu.
Ia juga mencabar Najib supaya tidak menjadi pengecut dengan berselindung di sebalik media arus perdana, tanpa memberi ruang yang sama kepadanya untuk membalas kritikan.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, Lt.Jeneral(B)Datuk Abdul Ghafir Abd Hamid dan pimpinan PR Pulau Pinang.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/
Kamis, 19 Desember 2013
Lawak Pemuda Memukul Nenek Dalam Keretapi

Ceritanya ada seorang pemuda yang dibicarakan di mahkamah dengan tuduhan yang menjadi isu hangat: Memukul warga emas di dalam keretapi
Hakim berkata kepada pemuda tersebut,
“Sekarang cuba anda ceritakan apa saja yang sebenarnya terjadi secara lengkap dan detail. Anda sangat kejam , berani memukul seorang nenek!”
Pemuda itu pun bercerita. “Begini Tuan Hakim, tiga hari yang lalu saya naik keretapi dari JB ke KL dari Stesyen Johor Bahru. Saya duduk berhadapan dengan seorang nenek tua. Keretapi kemudiannya bertolak dan beberapa minit kemudian sampai di stesyen Kulai. Di stesyen Kulai ini keretapi berhenti untuk pemeriksaan tiket.. konduktor pun datang ke gerabak tempat saya berada, dan tak lama kemudian menanyakan tiket saya. Saya terus tunjukkan pada dia.”Hakim berkata kepada pemuda tersebut,
“Sekarang cuba anda ceritakan apa saja yang sebenarnya terjadi secara lengkap dan detail. Anda sangat kejam , berani memukul seorang nenek!”
Kemudian giliran dia meminta tiket nenek di hadapan saya. Dia mengeluarkan handbag dari begnya, dari dalam handbag itu dia mengeluarkan dompet besar, dan dari dompet besar itu dia mengeluarkan dompet kecil. Dari dompet kecil itu dia mengeluarkan bungkusan, terus dia buka bungkusan itu dan masih ada bungkusan yang lebih kecil .Bungkusan kecil itu dia buka, dan di dalamnya ada kotak mancis.
Rupanya dia menyimpan tiketnya di kotak mancis itu.” ”Setelah diperiksa konduktor, dia menaruh tiketnya lagi ke kotak mancis itu, lalu kotak mancis dibungkus lagi pakai bungkus kecil itu, lalu bungkus besar, lalu diletakkan dalam dompet kecil, lalu dalam dompet besar, lalu dompet besar itu dimasukkan kembali ke dalam handbag, lalu handbag-nya dimasukkan lagi ke begnya…”
Kita pun meneruskan perjalanan. Perhentian berikutnya di stesyen Kluang. Di sana juga sama, ada pemeriksaan tiket oleh konduktor. Saya dengan cepat diperiksa tiketnya, sementara nenek itu mengeluarkan handbag dari begnya, kemudian dari dalam handbag itu dia mengeluarkan dompet besar, dan dari dompet besar itu dia mengeluarkan dompet kecil. Lalu berturut-turut keluar bungkusan besar, lalu bungkusan kecil yang di dalamnya masih ada kotak mancis. Tiket dia keluarkan dari kotak mancis, diperiksa konduktor, lalu masuk lagi kotak mancis, bungkusan kecil, bungkusan besar, lalu dompet kecil, dompet besar, handbag, dan akhirnya masuk beg lagi…”
Keretapi terus berjalan, dan kita sampai di stesyen Segamat. Lagi-lagi ada pemeriksaan tiket. Tiket saya cepat diperiksa, sementara nenek itu mengeluarkan handbag dari beg, lalu dompet besar, lalu dompet kecil, lalu dari dalam dompet kecil dia mengeluarkan…..
Belum sempat si pemuda selesai, hakim membentaknya. “Hei kamu!! jangan main-main ya!! Kamu ini cerita atau menipu yang bukan-bukan??? Ini mahkamah tahu!!!
Pemuda itu terus menjawab,
“Hah tengok…!
Tuan Hakim baru mendengar cerita yang cuma segini saja sudah marah. Sekarang cuba bayangkan saya yang menyaksikan sendiri perkara itu sepanjang perjalanan dari JB ke Kuala Lumpur!!!
-sumber-
Selasa, 17 Desember 2013
Lelaki Ditemui Mati Dalam Lokap Polis
Lelaki Ditemui Mati Dalam Lokap Polis - GEORGETOWN : Seorang lelaki dalam tahanan polis ditemui mati dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata Tan Chin Siang, 43, ditemui mati oleh pegawai penjara pada pukul 9.30 malam.
“Suspek telah dibicara di Mahkamah George Town di bawah Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya semalam dan sepatutnya dihantar ke penjara Jawi hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau berkata kes itu diklasifikasi sebagai kematian mengejut dan mayat lelaki itu telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. – BERNAMA
Senin, 09 Desember 2013
Langganan:
Postingan (Atom)