Tampilkan postingan dengan label bahagia. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bahagia. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 15 Februari 2014

Jadi orang biasa yang bahagia


KAWAN saya Faizal, seorang eksekutif yang metrosexual, suka mengemas pinggan dan cawan setiap kali selepas makan di restoran. Tidak padan dengan gaya machonya yang segak berdandan, dia selamba sahaja melakukan kerja itu. Satu hari saya tanya kenapa dia berbuat begitu? Jawabnya, dia pernah bekerja sambilan di restoran sewaktu dia pelajar dahulu. Katanya lagi, ketika itu dia memang penat mengemas jika ada pelanggan yang tinggalkan meja bersepah.

Bila Faizal menjadi pelanggan kini, dia berasa prihatin dengan para pekerja restoran. Tak sedap hati kalau dia tak kemas meja selepas makan. Cukup setakat himpunkan pinggan dan gelas kembali ke dalam dulang. Dan, sekadar mengelap sedikit air yang tumpah di meja dengan kertas tisu.

Betul juga kata dan tindakan kawan saya itu. Sejak itu, bila saya makan di restoran dan teringat apa yang Faizal lakukan, saya turut susun pinggan dan cawan, sudu dan garfu agar mudah para pekerja restoran membersihkan meja. Baru-baru ini, saya terpandang satu keluarga besar yang menjamu selera menyusun kerusi yang mereka duduki apabila bangun untuk meninggalkan restoran. Sesungguhnya ia adalah perbuatan yang baik dan patut dicontohi.

Apabila saya menulis mengenai hal ini di laman Facebook saya, rupa-rupanya ada yang lakukan apa yang saya dan Faizal buat. Malah, ada di antara mereka yang memberi reaksi terhadap entri saya itu adalah mereka yang tidak pernah memberi komen terhadap entri saya selama ini.

Kalau hendak diikutkan, mengemas meja selepas makan di restoran tidak perlu dilakukan. Sementelah kita membayar caj perkhidmatan di restoran yang ada kelas, perbuatan sebegini boleh dilihat sebagai kekampungan pula. Samalah juga kita dianggap kekampungan apabila mengambil tisu, sudu dan garfu sendiri tanpa memanggil pekerja menyediakannya untuk kita.

Malah, pergi ke kaunter untuk membayar pun tidak kena kerana sepatutnya kita hanya perlu melambai pelayan supaya mereka menghantar bil. Kemudian, apabila si pelayan datang dengan resit dan wang baki, kita dengan penuh gaya menyatakan padanya ‘keep the change,’ lalu mengambil sahaja resit, kononnya untuk tuntutan elaun keraian, padahal jawatan kita itu tidak melayakkan kita untuk mendapat elaun itu.

Tatkala baharu berhijrah ke Kuala Lumpur 30 tahun lalu, saya belajar makan KFC menggunakan pisau dan garfu. Sebagai orang kampung, saya tidak pernah makan menggunakan pisau. Tidak sedar kalau ada orang tertawa melihat saya memotong ayam dengan pisau tetapi menyuap potongan ayam itu dengan pisau juga.

Seperti Mr Bean, saya tidak rasa malu dengan apa yang saya buat kerana berasa saya sudah ada gaya orang Kuala Lumpur. Sehinggalah pada suatu hari, saya terpandang sepasang pelancong mat salih yang makan ayam dengan tangan, baharulah saya berani mencekau ayam goreng dengan tangan di KFC di segitiga emas, Kuala Lumpur. Rupa-rupanya tiada guna berlagak tidak kena pada tempatnya.

Saya kenal dengan beberapa orang berpangkat tetapi amat marhaen dalam tindak tanduk mereka. Saya pernah bekerja sepejabat dengan seorang bos yang selesa mengelap mejanya daripada menyuruh tukang cuci melakukannya. Saya kenal dengan beberapa orang pegawai berpangkat yang lebih suka duduk di sebelah pemandunya, atau menjadi pemandu sedangkan drebarnya duduk di kerusi sebelah. Dan seorang tokoh korporat yang selalu saya lihat  menjinjing ikan bila menemani isteri ke pasar tani.

Hidup ini mengajar kita untuk berani menjadi diri sendiri agar kita senang hati. Tidak perlu berlakon, bergaya dan menyamar semata-mata kerana takut dilihat kekampungan mahupun tiada stail. Orang kata, jikalau ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya. Asalkan apa yang dilakukan itu bukannya sesuatu yang mengaibkan, kita perlu membuang topeng kelas, status dan kasta di dalam minda.

Apabila kita terlalu menjaga status semata-mata kerana mahu mempamerkan kehebatan, stail dan  imej kekotaan, percayalah ia tidak akan menggembirakan hati. Sebaliknya kita akan tenggelam dalam tempurung yang kita bina sendiri. Akhirnya orang di sekeliling kita pun hanya berlakon untuk menyedapkan hati kita. Layanan mereka palsu kerana kita juga sudah jadi sombong kerana kepalsuan.

“Dan janganlah Ente berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya Ente sekali-kali tidak dapat menembusi bumi dan Ente tak akan sekali-kali sampai setinggi gunung.” (al-Israa; 37)
ReadFull Article ..

Sabtu, 21 Desember 2013

Tersenyumlah Maka Anda Akan Bahagia



Tersenyum adalah suatu tindakan yang paling mudah, paling sederhana, paling murah dan paling menyenangkan di dunia.

Seringkali kita melupakan tindakan ini dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita merasa sudah terlalu letih oleh kerjaan yang menumpuk, membayar tagihan-tagihan atau kasir toko yang menyebalkan ketika tadi berbelanja.



Simaklah berikut ini 5 alasan mengapa anda harus banyak tersenyum  :


1. Anda akan mendapatkan lebih banyak kebahagiaan

Cobalah paksakan diri anda untuk tersenyum selama 30 detik mulai dari sekarang. Lakukan pula ketika anda mengalami kemalangan. Dengan membiasakan tersenyum, tidak peduli bagaimana perasaan anda saat itu, di dalam tubuh anda akan terjadi reaksi-reaksi kimia yang dapat membuat anda merasa bahagia.
Cobalah dan rasakan perbedaannya.

2. Senyuman dapat merubah keadaan anda

Jika anda merasa putus asa, marah atau bosan, sebuah senyuman akan mengubah keadaan emosi anda menjadi lebih positif. Dan sebuah keadaan yang positif tidak hanya membuat hidup anda lebih menyenangkan tetapi juga membuka segala kemungkinan lain dalam pikiran anda. Anda akan melihat dunia dengan cara yang berbeda melalui lensa kebahagiaan. Dari situ anda dapat mulai membangun sederetan tindakan yang positif dan berinterasksi dengan banyak orang setiap harinya.

3. Senyuman dapat mengubah keadaan orang lain

Jika anda berjalan ke dalam sebuah ruangan atau menuju ke sebuah toko dengan senyuman di wajah anda, akan membuat semuanya berbeda. Semua orang akan berbalik tersenyum pada anda. Hal ini akan banyak membantu mencairkan setiap ketegangan atau kekakuan yang ada. Interaksi anda akan lebih terbuka, santai dan penuh dengan kegembiraan.

4. Tersenyum? Apa ruginya?

Ketika memilih antara mengerutkan dahi, ekspresi kosong atau tersenyum, tampaknya pilihan terakhir adalah pilihan yang paling produktif dan positif, bukankah demikian? Seringkali anda lupa untuk tersenyum atau mungkin anda tidak terlalu suka untuk tersenyum. Tapi jika anda berusaha untuk menggunakan senyuman anda sesering mungkin, anda lama-kelamaan akan mempunyai kebiasaan yang baru, kebiasaan yang jauh lebih positif. Jika anda termasuk orang yang selalu memperhitungkan untung rugi untuk segala hal, cobalah pertanyaan ini, ‘apa ruginya anda tersenyum?’

5. Lebih mudah untuk tersenyum daripada melakukan yang sebaliknya

“Dibutuhkan tujuh puluh dua otot untuk berkerut, tetapi hanya tigabelas otot untuk tersenyum.”
- Anonim -

Jadi sebetulnya anda menggunakan jauh lebih sedikit otot ketika tersenyum dibandingkan saat anda mengerutkan dahi atau memasang muka marah. Dengan membiasakan diri untuk tersenyum, maka otot tersenyum anda akan menjadi lebih kuat daripada otot untuk mengerutkan dahi anda, sehingga lama kelamaan anda akan lebih mudah untuk tersenyum daripada melakukan hal yang sebaliknya.

 sumber:

dunia-unik.com
ReadFull Article ..