Tampilkan postingan dengan label sakit. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label sakit. Tampilkan semua postingan

Rabu, 12 Februari 2014

TERHARU DAN TERBAIK!!!!!! BN SAKIT PAS RAWAT!!!!

29 Mac 2013
Program Mini Kempen Kesihatan anjuran PAS dimana seorang penyokong tegar UMNO/BN dengan berpakaian tertera gambar Undilah BN sedang dirawat oleh petugas PAS.

Cukup terharu dan menusuk kalbu...Menunjukkan petugas PAS tidak memilih anutan politik untuk memberikan sumbangan bakti dan menunjukkan betapa sudah ada kpercayaan dari kalangan penyokong tegar UMNO untuk mendampingi PAS.

PAS GANTI UMNO... PR GANTU BN....UMNO IS DEAD!!!!

dari blog Omakkau
ReadFull Article ..

Rabu, 01 Januari 2014

Mengadu sakit perut rupanya mengandung


JUMAAT, 13 APRIL 2012



BESUT - Seorang wanita terkejut apabila mendapati kakaknya seorang orang kurang upaya (OKU), yang mengadu sakit perut rupa-rupanya mengandung enam bulan, selepas dipercayai dirogol seorang lelaki tahun lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, wanita berusia 20 tahun itu membawa kakaknya berusia 27 tahun, ke sebuah klinik swasta untuk menjalani pemeriksaan, selepas dia mengadu sakit perut.

Menurut beliau, bagaimanapun pemeriksaan doktor di klinik berkenaan mendapati, kakaknya yang menghadapi masalah mental sebenarnya sakit perut kerana sedang mengandung enam bulan.

“Dalam perjalanan pulang dari klinik, mangsa menceritakan siapa yang telah menyebabkan dia mengandung iaitu seorang lelaki yang dikenali dengan panggilan Awie.

“Mangsa didakwa dirogol oleh suspek di rumah sewa lelaki berkenaan di Kampung Gong Manok, iaitu bersebelahan dengan kampung mangsa dekat Kuala Besut,” katanya.

Kamaruddin berkata, berikutan itu adik mangsa membawa kakaknya membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Besut Isnin lalu.

Menurutnya, bagaimanapun mangsa tidak dapat mengingati masa dan tarikh kejadian disebabkan masalah mental yang dihadapinya.

Bertindak atas laporan itu, polis telah menyerbu rumah sewa suspek yang dikatakan masih bujang itu, namun gagal menahan kerana suspek telah berpindah dan usaha mengesan lelaki itu sedang dilakukan.
ReadFull Article ..